Skip to main content

JENIS PERLINDUNGAN INSURANS KENDERAAN

 Apa itu INSURANS COMPREHENSIVE (1st Party) dan INSURANS THIRD PARTY???

.
Insurans kenderaan ADA 3 jenis antaranya : 
.
1) COMPREHENSIVE atau  1st party - 

insurans yang ada  perlindungan secara menyeluruh termasuk kehilangan, kebakaran dan kemalangan. dan anda boleh tambah perlindungan seperti windscreen, bencana alam (banjir ,tanah runtuh dan lain-lain bahaya) dan banyak lagi perlindungan yang boleh anda tambah. 


2) THIRD PARTY FIRE & THEFt -  pelindungan terhad kepada kehilangan, kebakaran dan tuntutan pihak ke -3 sahaja. kemalangan x cover (repair sendiri)


3) THIRD PARTY - paling murah, biasanya orang ambik third party ni hanya untuk hidupkan cukai jalan saja (roadtax). Perlindungan terhad kepada tuntutan pihak ketiga sahaja... kemalangan, hilang, tebakar, kena curi x cover... putih mata.

PERBEZAAN


Insurans KOMPREHENSIF lebih selamat dan mudah, contohnya, jika berlaku kemalangan atau kereta breakdown tengah jalan. Insuran 1st party menyediakan towing & assist sekiranya kereta anda kemalangan / breakdown. Assist ini juga termasuk kes breakdown seperti bantuan bateri,tayar pecah  dan kerosakan minor. anda boleh call ja, pihak insurans akan hantar towing.


Berbeza dgn insurans THIRD PARTY. Kalau berlaku kemalangan atau breakdown,  pihak insurans tidak menyediakan towing KECUALI anda ada membeli tambahan perlindungan insrans penumpang -selalunya ada free towing (boleh rujuk dengan agen insurans anda) 
.
Insuran KOMPREHENSIF membayar kos repair kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain. Bagi kes anda dilanggar orang lain, kebiasaannya anda boleh claim 3rd party kecuali kes langgar lari. Anda juga boleh claim sekiranya kemalangan terjadi atas sebab kecuaian sendiri contohnya kemalangan akibat tertidur atau masalah brek.


Insuran 3rd party hanya membayar kos repair orang yang anda langgar. Lepas org dilanggar claim insurans anda NCD anda akan jadi 0% balik.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA PERLU INSURANS BARU DAPAT BUAT CUKAI JALAN (LKM)

CUKAI JALAN @ ROADTAX Boleh tak renew roadtax tanpa perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu? ~~~Tak boleh. Sebab bila di key-in dalam sistem, akan keluar amaran “einsuran tidak sah/wujud”. Dan ianya akan tetap macam tu selagi insuran tak diperbaharui terlebih dahulu. Sistem akan secara automatik menghalang cukai jalan diperbaharui. Sama juga walaupun korang gi pejabat JPJ, diorang akan suruh perbaharui insuran kenderaan terlebih dahulu. Boleh tak renew roadtax lebih dari tempoh setahun? ~~Tak boleh. Tempoh yang ada dalam sistem cuma 2, samada 6 bulan atau 12 bulan (setahun). Dan bagi setiap 6 bulan, insuran tidak boleh kurang dari 14 hari / 2minggu, kalau tak bagi tempoh 6 bulan tak dapat diperbaharui. Tempoh insuran perlu ditambah semula dengan cara pergi kembali ke cawangan insuran berkenaan   Anda boleh follow fb kami di bawah FACEBOOK

PKP DILANJUTKAN ? INSURANS BOLEH ONLINE

  pkp dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021? anda boleh menghubungi kami untuk sambung/buat insurans kenderaan SECARA ONLINE  tanpa keluar dari rumah.. untuk mengelakkan kesesakan dan dapat membendung covid19 daripda merebak /meningkat.  anda boleh menghubungi kami melalui whatsapp /telefon :  0111-0826877  -  KOTA MARUDU BRANCH  011-57869193                     -RANAU BRANCH 011-26637937 - KOTA KINABALU BRANCH